1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia
berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang
berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha
yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal,
insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah
semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi
seperti "magnet" yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni.
Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang
negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat
taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta
maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang
terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan
anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk
bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu
sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan
pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan,
wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk
menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh
berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang
sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru,
perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan
penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang
dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini
secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat
menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik
disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk
berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang
memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang
mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah,
mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau
kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan
kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada
diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun
baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal
pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada
bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada
kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain
dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang
menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan
benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci
atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi,
nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk
berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple,
tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap
pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi
perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru,
orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan.
perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil
yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau
memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh
kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan
dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak
persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan
sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang
anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir.
Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki
bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai
persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti
keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu
sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam
seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap
anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak
berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama
terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih,
terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama
mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan,
pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda.
Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-
ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai
ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan
anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana
wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu
mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan
dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal
pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri
daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang
menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih
bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal
pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan
akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain
tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia
akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari
pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak
popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau
kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya
terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda
dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa
dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau `kegilaan' bakal pasangan anda.
Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat
dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami
terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan
sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan.
Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri.
Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan
anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan
santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai
dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan
sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping
memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin,
memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping
menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan,
memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi,
jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya,
aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau
sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri
dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu
perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau
menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara
terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku
salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai
mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada
fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan
memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya
Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba
beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai
mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah.
Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan
beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas
dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik,
terperinci dan banyak yang tersirat.