Materialisme adalah sebuah ideologi yang telah lama wujud dengan dakwaan bahawa materi adalah merupakan satu-satunya kewujudan yang mutlak. Berdasarkan kepada dakwaan yang sesat ini, materi telah wujud sejak azali dan akan kekal wujud selama-lamanya.
Ciri-ciri yang paling penting mengenai materialisme adalah penolakannya terhadap kewujudan suatu zat Pencipta berserta segala kandungan ajaran agama. Di sana juga terdapat pelbagai pergerakan dan ideologi yang menjulang sistem agama yang agama batil sebagai suatu dogma dan materialisme adalah merupakan asas bagi sebilangan besar mereka. Dalam pengertian lain, pengaruh yang paling kuat dan berkesan di dalam sistem agama batil adalah fahaman materialisme.
Sejak zaman Sumeria dan Greek purba lagi, pola pemikiran materialisme telah tersebar lua. Akan tetapi, khususnya pada kurun ke-19, kepercayaan karut ini menjadi kukuh sebagai sebuah corak pemikiran yang diiktiraf. Tetapi di saat ia ingin meraih momentum sokongan yang padu, masih terdapat halangan yang besar terhadap pemahaman ala-materialis iaitu sebuah persoalan, ‘bagaimana alam semesta dan makhluk hidupan wujud?’.
Sementara itu, teori evolusi yang dikemukakan oleh Charles Darwin telah bersiap sedia dengan jawapan (yang pada hakikatnya tidak memiliki sebarang nilai ilmiah) yang sekian lama ditunggu oleh para materialis. Berdasarkan kepada teori yang tidak berasas ini, material yang mati secara kebetulan berhimpun padu melalui kuasa yang sembarangan untuk membentuk sel tunggal yang pertama. Dan berdasarkan kepada Darwinisme, seluruh makhluk hidupan di atas muka bumi akhirnya mula terbentuk yang bermula dengan proses evolusi sel tunggal yang pertama.
Melalui dakwaan ini, Darwin serta-merta menjadi arkitak utama bagi sebuah kepalsuan yang paling besar di dalam sejarah bidang sains. Teorinya adalah jauh daripada berlandaskan kepada sebarang penemuan saintifik seperti mana yang diakunya sendiri. Sebenarnya, beliau juga telah menawarkan pengakuan di dalam bukunya The Origin of Species bahawa teori evolusi amat lemah berhadapan dengan banyak persoalan penting. Bahkan beliau sendiri berharap agar kemajuan di dalam bidang sains kelak akan menjawab segala kesulitan ini dan penemuan saintifik yang mutakhir turut akan membuktikan teorinya. Beliau sering menyebut hal ini di dalam bukunya, tetapi bertentangan dengan apa yang diharapkannya, kemajuan di dalam pelbagai lapangan bidang sains bahkan membatalkan dakwaan asas teorinya, satu demi satu. Hakikatnya, di sebalik semua propaganda evolusionis, teori evolusi adalah, sebagaimana yang diutakan oleh Michael Denton seorang ahli biologi Australia; sebuah teori dalam krisis.
Sewaktu abad ke-19, fakta saintifik yang berhubung dengan teori evolusi masih belum diketahui. Sementara itu, disebabkan golongan materialis sedang berada dalam usaha pencarian terhadap sokongan saintifik, teori ini akhirnya diterima sebagai peluang keemasan kerana apa yang sebenarnya didakwa oleh Darwin adalah merupakan suatu penafian terhadap kewujudan Sang Pencipta. Ketika itu, dakwaan bahawa manusia berkembang secara kebetulan daripada materi yang mati semata-mata adalah suatu pernyataan yang ditunggu-tunggu oleh para materialis.
Philip Johnson, seorang profesor di Universiti Chicago, terkenal dan disegani di khalayak ahli akademik melalui penulisan dan kritikan terhadap teori evolusi, menjelaskan apa yang dipersembahkan oleh teori evolusi terhadap sistem pemikiran keagamaan ateisme:
Kejayaan Darwinisme menggambarkan penolakan Tuhan dan menyediakan pentas bagi menggantikan agama samawi dengan sebuah kepercayaan yang berdasarkan naturalisme evolusi. Kepercayan baru ini akan menjadi asas bukan sahaja bagi sains tetapi juga kerajaan, undang-undang dan nilai etika. Ia akan menjadi falsafah keagamaan moden yang kukuh.
Kenyataan Philip di atas melihatkan matlamat utama para penyokong falsafah agama batil ini. Golongan materialis yang didorong utnuk membentuk sebuah masyarakat keagamana palsu yang menafikan kewujudan Allah dan undang-undang-Nya mendakwa bahawa di sana tidak ada sesuatu pun yang haru menjadi kiblat setiap manusia untuk merasa tanggungjawab. Iaitu rasional sesat memuaskan hawa nafsu bagi jenis manusia yang tidak mampu dididik oleh sesiapa pun. Impian mereka diringkaskan di dalam ucapan salah seorang saintis mereka sebagai berikut:
Manusia berdiri sendiri di alam semesta ini, produk unik sebuah proses material yang panjang, mati, tidak berperasaan, dengan potensi dan pemahaman yang unik. Dia tidak terikat dengan sesiapa melainkan dirinya dan kepada dirinyalah ia bertanggungjawab.
Sesiapa sahaja yang memiliki jiwa yangh idup dan kewarasan akal fikiran yang mampu melihat betapa jelas tidak masuk akal kenyataan di atas. Pengarang ucapan ini, seorang saintis dengan pandangan hidup materialis menyifatkan kewujudan manusia kepada kejayaannya sendiri. Bagaimanapun, adalah amat jelas bahawa manusia tidak mempunyai sebarang kuasa atau pun membuat keputusan di dalam mana-mana peringkat kejadian manusia. Maha suci Allah adalah Pencipta manusia dengan begitu sempurna namun keghairahan untuk menjadi makhluk ‘yang bebas tanpa sebarang ikatan’ memandu materialis untuk mendakwa bahawa materi yang mati dan kaku berupaya membentuk zat yang sedar dan bijaksana.
Seperkara yang harus diingat ialah keinginan para golongan kafir untuk bebas daripada sebarang pertanggungjawaban tidak menghairankan apabila melihat kepada golongan materialis dan evolusionis abad ke-19 dan 20. Di dalam al-Qur’an, Allah berfirman mengenai kewujudan umat terdahulu yang berkongsi pemikiran yang sama:
Seperti mana yang dinyatakan di dalam ayat tersebut, Allah mencipta manusia daripada setitis air dan sekaligus membentuknya. Manusia tidak sekali-kali berkuasa ke atas penciptaannya kerana mereka sendiri adalah merupakan suatu hasil ciptaan. Akan tetapi, walaupun hakikat ini telah dijelaskan oleh Allah namun segelintir manusia masih berani menyifatkan kewujudan mereka terhadap alam dan mendakwa sebagai makhluk yang tidak ‘dipertanggungjawabkan’.
Konsep pelepasan manusia daripada sebarang pertanggungjawab yang diuja oleh pemikiran materialis dan disokong oleh teori evolusi kini menguasai struktur sosial moden dan dunia saintifik serta ideologi yang ada hari ini. Impak daripada arus pemikiran menyeleweng yang mencetuskan peperangan terhadap nilai moral yang menyediakan suatu peraturan dan kesatuan kepada masyarakat begitu jelas terhasil di dalam kemerosotan generasi.
Hari ini, sains telah membuktikan bahawa konsepsi materialisme termasuk teori evolusi adalah suatu kesilapan kerana tidak berlandaskan kepada sebarang bukti saintifik dan ia akan terus dibatalkan oleh penemuan ilmiah kontemporari. Tetapi, di bawah pupukan sosial yang berterusan untuk selama 150 tahun, materialisme dan teori evolusi masih dipertahankan oleh banyak pihak seolah-olah fakta yang telah terbukti benar. Ini adalah kerana para penyokong agama batil ini dalam keadaan terdesak amat memerlukannya untuk menafikan kewujudan Allah sekaligus menarik jauh manusia daripada ajaran agama dan nilai etika yang mulia. Kalau pun tidak, mereka akan tetap mencari asas yang lain sebagai langkah mempertahankan pegangan ‘agama’ mereka.