DIAM ADA MAKNA..
Dalam komunikasi kadang2 banyak menjadi penyebab selisih faham hanya kerana tidak memberi respon atau sebarang tindak balas. Cam kita cakap dengan patung atau tunggul kayu je..Sakitnya hati bila berdepan dengan orang yang diam seribu bahasa ni..kadang2 rasa nak meletop je kan.. baik le ckp ngn kucing..sekurang2 nya dia mengiau tanda paham atau stuju..hahaha..Pepatah melayu ada menyebut, “ Diam-diam ubi berisi, Diam diam besi berkarat..” yang memberi makna diam orang berilmu berfikir, diam orang bodoh sia-sia ja..
Ada 10 jenis atau makna diam :
- Diam Semula Jadi
Seorang pemuda menyapa seorang gadis di dalam bas. Si pemuda pun memulakan dengan bertanya nama, nak ke mana, sudah berpunya ke belum, namun si gadis hanya tersenyum sahaja. Pemuda ini dah tak tahan lalu mendesak si gadis supaya memberi respon atas pertanyaannya tadi. Tiba-tiba gadis itu bersuara agak kuat dan tidak jelas, rupa-rupanya gadis itu seorang yang bisu. Itulah diam semula jadi.
- Diam Terpaksa
Waktu kanak-kanak dulu,mesti selalu kita di suruh diam oleh ibu bapa atau orang yang lebih tua dari kita apabila mereka sedang berbual kan..ikut hati nak je menyampuk sebab kita ada pendapat kita yang patut mereka dengar tentang topik tu..tapi sebab tegahan tadi kita akur dan diam.
- Diam Bodoh
Kalo dalam kelas time kita stdy dulu..waktu cikgu bagi penerangan panjang lebar..kalo yang fokus tu bpe kerat jela pon..tapi bila cikgu tanya..”Faham sume murid2..?tapi sume diam je..nk kata tak paham..de gak sore2 sumbang ngata paham..nak kata paham..diam je sumenya..maka ini ialah diam bodoh kerana tak tau sama ada paham atau tidak.
- Diam Malas
Ada seorang hamba Allah yang penah saya kenali seorang yang sentiasa banyak idea mencurah2 ke ladang gandum..ada saja buah fikirannya walaupun kadang2 tidak bernas..namun tiba-tiba satu hari dia membisu walaupun di paksa. Rupanya dia malas nk berikan apa2 cadangan kerana dia tahu kalo ideanya di terima nanti dia yang akan di pertanggunjawabkan untuk melaksanakannya. Jadi dia diam ja..dan selalunya jawapan yang kita dengar dari orang yang malas nk ckp ni ialah “tiada mood..tiada idea la..otak kering.. dll “. Ungkapan ini menjadikan seseorang itu tidak inovatif atau kreatif lagi kritis yer sb xnk berfikir.. J
- Diam Marah
Diam jenis ni de baik n buruknya. Jika berlaku pertengkaran atau perbalahan diam itu lebih baik supaya pergaduhan tidak berpanjangan. Ia juga dapat mengelakkan kejadian yang lebih buruk yakni kecederaan fizikal n mental. Rasulullah pon de nasihat supaya kita bertindak pasif dan diam bila marah agar kemarahan tu reda.
Dalam situasi yang lain pula, jika kita memendamkan kemarahan dalam hati tanpa meluahkannya, maka akan memudaratkan diri orang itu sndiri. Kira makan dalam la..walau pe2 pon diam mara ni bergantung pada situasi dan keadaan.
- Diam Merajuk
Kita sering mendengar kata-kata seorang ketua kepada orang bawahannya bahawa dia sangat terbuka. Namun apa yang sering berlaku, usul yang di bawa oleh orang bawahan di tolak mentah2. Akibatnya yang kua dari mulut orang bawahan “ kalo kami cakap pon tak guna, bos saja yang btul. Lebih baik kami diam ja “. Ungkapan itu jelas menunjukkan hatinya da merajuk, so tak perlu nk bagi pe2 respon lagi.
- Diam Khianat
Seorang gadis terserempak dengan tunangnya yang sedang bercakap dengan seorang perempuan lain. Gadis itu terus terjah tunangnya untuk minta penjelasan namun tunangnya hanya menyatakan bahawa perempuan itu adalah rakan sepejabat dan berjumpe atas urusan kerja. Namun perempuan yang terbabit hanya memilih untuk berdiam diri sahaja tanpa mencuba untuk menjelaskan perkara yang sebenar dan berharap pihak gadis itu yang akan di persalahkan. Ini diam yang amat di keji sekali.
- Diam Sombong
Diam ini selalu jadi antara golongan yang punyai pangkat darjat yang tinggi dan golongon bawahan @ orang biasa. Apabila orang biasa ini mengemukakan pendapat atau usul atau cadangan yang baik, dia tidak di layan atau di dengari. Orang yang berkenaan hanya berdiam diri kerana baginya untuk apa dia layan orang yang tak setaraf dengannya dan dia akan rasa terhina kalo memberikan layanan pada orang itu. Pada sangkaannya, dengan dia berdiam tiada orang yang akn kecil hati tapi apa yang tersurat mampu di terjemah daripada riak wajahnya.
( dulu pon org suke ckp saya sombong sb saya diam..hehe..saya diam sb saya kategori diam yang terakhir ni..hahaha.. :D )
- Diam Efektif
Dalam banyak2 diam yang saya gtau tadi..ni la diam yang paling baik antara diam yang lain..hehe..diam ni yang terbaik sb diam untuk berfikir dan menyusun strategi. Diam seketika untuk memusatkan pemikiran pada isu ataupun masalah yang timbul. Kebijaksanaan orang yang bersifat “ diam-diam ubi berisi” ini dapat di lihat melalui kata-kata yang kua dari mulutnya. Ungkapan spontan yang kadang2 bahaya kerana mungkin ianya berlandaskan emosi yang negatif. Walau pe2 pon, sifat diam ini boleh mendatangkan kebaikan kepada kita atau diri org lain dan mungkin jua dengan memilih untuk diam akan menghasilkan kebaikan berikut :
- Ambil masa untuk berfikir sebelum memberi respon ( klo sms xnyempat nk pk..lambat bls je gadoh sudah.. :P )
- Komunikasi yang berkesan n wujudnya toleransi.
- Keperibadian yang bijak.
- Mengelakkan diri dari dosa. ( ckp bnda yang sia2 n tak mendatangkan kebaikan)
- Menunjukkan kewibawaan. ( patut de pada pemimpin2..dan semua orang J )
- Dapat menutup keaiban. ( main ckp je tak pk sekali terbukak pekung di dada..kan susah..nauzubillah..)
- Mengelakkan rasa ujub dan takbur. ( de manusia yang suke ckp sb nk tunjuk kepandaian dan bermegah2..elakkan lah org cm nih..boleh wat org lain rasa meluat..)
Konklusinya, fikir dulu sebelum berkata-kata..teringat satu peribahasa yang selalu saya guna dalam karangan dulu..hehe.. “ Terlajak perahu boleh di undur..terlajak perkataan atau perbuatan..tanggung le sndiri..hahaha.. J
Sekadar renungan bersama..diam untuk berfikir, diam untuk ketenangan, diam untuk kebaikan..