Resah ibu muda yang masih belajar


Ibu Muda telah melakukan sesuatu yang amat berharga di sisi Allah swt untuk mendapat “Quratul’ain” daripada zuriat. Firman Allah swt : Surah Furqan : 74.
“Dan orang2 yang berkata, “Ya Tuhan kami, anugerahlah kepada kami,isteri2(pasangan) kami dan keturunan(zuriat) kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang2 yang bertaqwa.

Nasihat
1. Anakanda ibu Muda perlukan sedikit pengurusan masa dan pembahagian kasih sayang dan perhatian antara :
a. haq Allah swt dan RasulNya- tanggungjawab sebagai seorang Muslim(ibadah, da’wah)
b. haq terhadap suami – layanan(zahir dan batin), perhatian, makanan, kebajikannya
c. haq sebagai ibu kepada anak2 soleh – kebajikan, pendidikan rohani dan jasmani, aqidah dsb.
d. haq ibu bapa – kebaktian kepada mereka.
e. haq ummah – bimbing masyarakat kembali kepada Islam dan taat kepada Allah swt- sebagai penciptanya.
2. Solat istikharah minta :
a. bantuan ALlah swt untuk kita mengagihkan tanggungjawab yang dipikul denganadil, berkesan dan berkat di sisiNya. ‘Priority’ – masa untuk Allah swt dan rasulNya, suami, anak2, ibu bapa dan ummah
b. Allah swt memberkati masa untuk kita. – Tugasan lebih banyak dari masa yang kita ada. Doa agar ALlah swt mempermudahkan kita melaksanakan setiap tanggungjawab dan amanah yang diberikanNya dengan sempurna dalam masa yang singkat.
c. Doa agar Allah swt bantu kita dalam setiap detik – tidak membiarkan kita menentukan nasib kita sendiri walau hanya sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. (rujuk doa mathurat). doa juga agar anak kita tidak mudah meragam, sebaliknya membantu kita untuk melaksanakan ubudiyyah kepada ALlah swt dan tanggungjawab mu’amalah yang lain- layan ayahnya yang mahu bermanja juga etc.
3. Tanggungjawab sebagai seorang pelajar juga perlu di penuhi. Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah kerana ilmu dan keluasan hidup ini adalah milikNya. Mintalah kepadaNya dengan doa-doa yang mathur supaya mudah faham dan berjaya untuk mendapat segulung ijazah. Moga dengan itu dapat di sumbangkan untuk jalan Allah.
Akhir kalam, selamat melayari bahtera pernikahan yang diredhai Allah swt bagi melahirkan pejuang-pejuang Islam dari rumahtangga Muslim tanpa masaalah, insyaAllah. Sekiranya ada masalah juga – marilah ikuti Modul Siri Rumahtangga Cemerlang yang umi adakan – sebanyak 2 fasa. Fasa 1 – teori – fungsi dan tujuan institusi kekeluargaan menurut Al-Quran dan Sunnah. Fasa 2 : Tips praktikal dan hafala doa untuk membentuk rumahtangga yang sakiinah, mawaddah dan penuh rahmah Allah swt- Keintiman hubungan suami isteri di bawah lembayung rahmat Allah swt membentuk keluarga muslim Cemerlang. InsyaAllah,
Uhibbukumfillah  untuk Ibu Muda, suami dan cucunda.