Perhatikan fakta-fakta dibawah dengan teliti:
1. Brazil memenangi Piala Dunia pada tahun 1994,
sebelum itu mereka juga menang pada tahun
1970.Tambahkan 1970 + 1994 = 3964
2. Argentina memenangi Piala Dunia yang terakhir pada tahun 1986,sebelum itu mereka juga menang pada tahun 1978.
Tambahkan 1978 + 1986 = 3964
3. Jerman memenangi Piala Dunia yang terakhir pada tahun 1990,sebelum itu mereka juga menang pada tahun 1974.
Tambahkan 1974 + 1990 = 3964
4. Brazil juga memenangi Piala Dunia yang terakhir pada tahun 2002,
sebelum itu mereka juga menang pada tahun 1962.
Tambahkan 1962 + 2002 = 3964
5. Oleh itu, jika anda ingin tahu negara apakah yang akan
memenangi Piala Dunia kali ini, anda hanya perlu tolak angka
2010 dengan angka ajaib yang kita tentukan sebelum ini
iaitu 3964.
3964 - 2010 = 1954 ...
Siapakah yang memenangi Piala Dunia 1954???
Tidak lain dan tidak bukan... JERMAN!
Fakta ini mungkin tidak begitu saintifik ...
tapi ia cukup menarik untuk diperhatikan.