Kedalaman Jurang Laut Mariana Dalam Skala Sebenar!
Jurang Mariana ialah jurang laut paling dalam didunia. Kedalaman maksimumnya ialah 10,971 meter. Panjangnya pula ialah 2,550 kilometer dan lebar puratanya pula ialah 69 kilometer. Pada kedalaman hampir 11 kilometer, jika Gunung Everest ditenggelamkan didalammnya masih akan ada 2 kilometer air diatasnya. Dayyum! Dalam sejarah manusia hanya dua orang pernah turun kedasar jurang ini. Mereka ialah Lieutenant Don Walsh dan Jacques Piccard. Kedua-dua mereka melakukan selaman bersejarah ini pada 23 Januari 1960. Sejak dari itu hanya 2 lagi selaman kedasar jurang dilakukan tetapi menggunakan robot. Pernahkah korang terfikir bagaimana rupa kedalaman sebenar Jurang Mariannas ini? Mari lihat grafik kedalaman sebenarnya pada skala sebenar.