Tugasan Anda!!!

Pesan Rasullah:


DARIPADA Ibnu Abbas ra, katanya Rasulullah bersabda: “diperlihatkan Allah kepadaku akan neraka. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan kafir.” Baginda ditanya oleh seseorang : “Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasullullah, “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak mahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan saja, lantas ia berkata: “Saya tidak pernah melihat kebaikan daripadamu sedikit pun!” (al-Bukhari)

•   Seorang suami tidak boleh membenci isterinya sampai menceraikankannya hanya satu kelakuan isterinya yang tidak menyenangkan. Tetapi hendaklah dipertimbangkan dengan  perilaku yang lain yang menyenangkan dari isterinya. Begitu juga keadaannya bagi seorang isteri terhadap suaminya.

•   Tugas seorang isteri disamping harus taat kepada Allah SWT hendaklah taat kepada suaminya. Sekiranya kedua-dua tugas ia dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurga baginya. Sabda Rasulullah: “jika seseorang perempuan solat lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya pasti ia akan masuk syurga dari berbagai pintu yang dikehendakinya.” (Riwayat Ibnu Hibban)

•   Rasulullah bersabda: “wanita yang taat kepada suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu berada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanya laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta’ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaannya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknat hingga ia pulang.” ( Riwayat Al- Bazzar)


HADIS

1.   Tiga perkara yang mesti dijauhi. (hadis)


Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: “Barangsiapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia, bererti ia telah marah kepada Allah. Dn barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaannya maka telah hilang dua per tiga agamanya.”


2.   Mencegah kemungkaran


“Barang siapa antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka handaklah ia mengubahnya dengan lidah. Jika sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan demikian itu ( iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemah iman.”(H.R  Muslim)

3.   Manusia sebagai pengembara


Daripada Ibn Umar r.a katanya: “Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda: “Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau di waktu pagi maka janganlah engkau meunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum dating waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum dating waktu sakit.

4.   Sedekah dengan menolong manusia(hadis) 


Daripada Abu Hurairah r.a: Bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong seseorang menaiki tunggangannya atau pun engkau mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangannya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah.”

5.   Daripada Abu Hurairah r.a mengatakan, bahawa nabi s.a.w bersabda: “Ketika seseorang 
berjalan ke suatu jalan, kemudian didapatinya sepotong duri di jalan itu, lalu dibuangnya, Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya.”

HADIS MUTHAHHARAH.


6.   Daripada Sayidina Khalid bin Al-Walid Radiallaahu’anhu telah berkata: Telah datang seorang Arab desa kepada Rasulullah SAW dan dia telah menyatakan tujuannya: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai perkara yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka Baginda SAW telah berkata kepadanya. Tanyalah apa yang dikehendaki:


PERTANYAAN ORANG ARAB TERSEBUT:              RASULULLAH BERSABDA:

1.Bagaimana sekiranya aku ingin menjadi orang yang alim? Takutlah kepada Allah, maka engkau akan jadi orang yang alim.

2.Bagaimana sekiraya aku mahu menjadi  orang yang paling kaya?Jadilah orang yang yakin pada diri, maka engkau akan jadi orang yang paling kaya.


3.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi orang yang adil?   Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri, maka jadilah engkau seadil-adil manusia.


4.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi orang yang paling baik?   Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka, engkau akan jadi sebaik-baik manusia.


5.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi seorang yang istimewa di sisi Allah?   Banyakkan zikrullah, nescaya engkau akan jadi orang yang istimewa di sisi Allah.


6.Bagaimana sekiranya aku mahu disempurnakan imanku?   Perelokkan akhlakmu, nescaya imanmu akan sempurna.


7.Bagaimana sekiranya aku mehu termasuk dalam golongan orang muhsinin(baik)?   Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak merasakan begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini, engkau akan termasuk dalam golongan muhsinin.


8.Bagaimana sekiranya aku mahu termasuk dalam dalam golongan yang taat?   Tunaikan segala kewajipan yang difardukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.


9.Bagaimana sekiranya aku mahu berjumpa dengan Allah dalam keadaan bersih daripada dosa?   Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa.


10.Bagaimana sekiranya aku mahu dihimpunkan pada hari kiamat di bawah cahaya?   Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitungkan pada hari kiamat di bawah cahaya.


11.Bagaimana sekiranya aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat?   Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihimu pada hari kiamat.


12.Bagaimana sekiranya aku mahu dihapuskan segala dosaku?   Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu.


13.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi semulia-mulia manusia?   Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia.


14.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi segagah-gagah manusia?   Sentiasa menyerah diri (tawakal)kepada Allah nescaya engkau akan menjadi segagah-gagah manusia.


15.Bagaimana sekiranya aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah?   Sentiasa berada dalam berkeadaan bersih (daripada hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu.


16.Bagaimana sekiranya aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.   Cintailah segala apa yang disukai Allah dan rasul-Nya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka.


17.Bagaimana sekiranya aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari kiamat?   Jangan marah kepada orang lain, nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasul-Nya.


18.Bagaimana sekiranya aku mahu diterima segala permohonanku?   Jauilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterima-Nya.


19.Bagaimana sekiranya aku mahu agar Allah menutup segala keaibanku pada hari Kiamat?   Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari kiamat.


20.Siapakah yang terselamat daripada dosa?   Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendak-Nya dan mereka yang ditimpa kesakitan.


21.Apakah sebesar-besar kabaikan disisi Allah?   Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian(bala).


22.Apakah sebesar-besar kejahatan disisi Allah?   Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.


23.Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?   Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.


24.Apakah yang memadamkan api neraka pada hari kiamat?   Sabar di dunia dengan bala dan musibah.

7.   Ziarah orang sakit

Nabi SAW bersabda: “Siapa yang mengunjungi orang yang sedang sakit, maka dia sentiasa berada dalam sebuah taman syurgapenuh dengan buah-buahan yang sedia dipetik sampai dia kembali.”-Riwayat Tirmidzi.

Rasulullah SAW bersabda; “berusahalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan berusahalah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.”-Sahih Muslim.

8.   Sedekah.

Sabda Rasulullah SAW, “Maka adalah sedekah itu dalil atau bukti yang menunjukkan atas kebenaran keimanan kita.”