Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah sertasebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang
(Surah Al-Ahzab: Ayat 41-42)
Allah adalah matlamat kita. Dialah yang mencipta dan memberi rezeki kepada kita, maka patutkah kita lupa untuk berzikir padaNya. Adakah sesuatu yang dapat membahagiakan kita saat mengingatinya yang dapat menandingi kebahagiaan yang tidak tertanding sesuatu apapun. la adalah penghampiran kepada Allah kerana kemesraan dengannya ketenangan jiwa di sampingNya, kelapangan dada dengan NurNya, keamanan dalam pengawasanNya, penyerahan mutlaq kepadaNya serta kepasrahan kepadaNya. Tiada ada lagi ketakutan, kegelisahan, kebimbangan, kecelakaan dan tiada kegoncangan.
Allah Subhanahu waTa’ala berfirman:
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah “. Ketahuilah dengan “zikrullah ” itu, tenang tenteramlah hati manusia.
(Surah Ar-Ra’d: Ayat 28)
Setiap kali kamu mengingati Allah maka kamu akan bersama Allah dan Dia bersama kamu bersama Zat Yang Maha Kaya, Maha Kuat, Maha Memaksa, Maha Pengasih, Maha Penyayang, dan Maha Pemberi Rezeki. Di tanganNya segala urusan dan Dia Maha Atas segala sesuatu kerana itu. Janganlah kamu merasa berhajat pada sesuatu apa pun. Apakah yang diperlukan oleh orang yang tidak bersama Allah? Tiada apapun, setiap kali kamu berzikir kepada Allah dengan menyebut salah satu nama atau sifatNya maka akan ada pengaruh dan kesan istimewa dalam jiwa serta hatimu. la juga memberikan bekalan pada ruh sehingga tinggi menggunung, setiap kali zikirnya kepada Allah bertambah (meningkat) maka darjatnya di sisi Allah pun semakin tinggi. Sementara orang yang lalai dari zikif maka akan dikuasai oleh bisikan-bisikan syaitan yang menyuruhnya untuk membuat maksiat menuruti syahwat, melakukan dosa. Amal-amal jahat dan begitulah seterusnya, hingga ia benar-benar terhumban ke tempat yang paling rendah dan hina. Maha Benar Allah berfirman:
Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang lalai.
(Surah Al-A’raf: Ayat 179)
Allah Subhanahu wa Ta’ala juga berfirman:
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supayaAku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan ni’matKu).
(Surah Al-Baqarah: Ayat 152)
Adakah lagi darjat yang lebih tinggi dari darjat orang yang sentiasa diingati Allah Subhanahu wa Ta’ala. la berada dalam penjagaan, pemeliharaan, rahmat dan kurniaNya? Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman: ‘Aku menurut prasangka hambaKu tentang Aku; Aku bersamanya bila ia mengingatiKu. Bila ia mengingatKu dalam jiwanya, maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Bila ia mengingatKu di tengah khalayak maka Aku akan mengingatnya di tengah khalayak yang lebih baik.”
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Dengan berzikir kepada Allah kita dapat melepaskan diri dari suasana buruk serta fitnah yang menimbun, ianya dapat menyucikan hati untuk kembali kepada Allah dan mengikhlaskan diri kepadaNya:
Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): “Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata.”
(Surah Az-Zariyat: Ayat 50)
Sesungguhnya apabila kita mengingati Allah, maka syaitan akan bersembunyi, berpaling, dan tidak menggoda kita, hinggalah kita bersih dari segala kotorannya.
Apabila kita menghayati setiap sifat atau nama Allah yang kita gunakan untuk zikir, maka keimanan kita kepadaNya akan semakin bertambah dan pengagungan kita kepadaNya juga bertambah. Ini merupakan sebaik-baik bekalan bagi kita dalam menempuh jalan da’wah ini.
Rahmat yang meliputi kita dan ketenangan yang turun pada kita di saat duduk bersama untuk berzikir adalah bekalan yang sangat baik. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim disebutkan:
Tidaklah duduk suatu kaum untuk berzikir kepada Allah, kecuali malaikat mengelilingi mereka, rahmat menyelubungi mereka, ketenangan turun kepada mereka, dan Allah menyebut mereka di kalangan malaikat yang ada disisiNya.
Di samping itu, Allah juga berbangga dengan majlis zikir tersebut di hadapan para malaikat.
Zikir kepada Allah dapat mendorong kita untuk menghiasi diri dengan sifat-sifat mulia yang layak bagi kita dan menjauhi sifat-sifat terlarang; setiap kali kita mengingati Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Baik, Maha Penyantun, Maha Pemurah, Maha Penyabar, Maha Pengampun, maka kita akan terdorong untuk mendapatkan rahmat Allah dengan mengasihi orang yang ada di bumi. Agar kita mendapat kemurahan Allah, kita mestilah bersikap pemurah dan dermawan kepada makhlukNya yang fakir dan memerlukan, agar kita mendapat keampunan dari Allah. Kita juga mestilah suka memaafkan orang-orang yang berbuat jahat pada kita. Begitulah selanjutnya, semuanya merupakan bekal yang baik untuk kita.
Oleh kerana zikir memiliki nilai kebaikan yang banyak, maka Allah menyeru kita agar berzikir kepadaNya di semua kesempatan dan waktu, hingga kita tidak terhalang dari mendapat kebaikan dan kebersamaan denganNya itu. Allah SubhanahuwaTa’ala berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah sertasebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; Dan bertasbihlah kamu kepadaNyapada waktu pagi dan petang. Dialah yang memberirahmat kepada kamu – dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) – untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahayayang terang-benderang (iman dari ta’at); dan adalah Ia sentiasa melimpah-limpah rahmatNyakepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat).
(Surah Al-Ahzab: Ayat 41-43)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
(Iaitu) orang-orcmg yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”
(Surah Ali-’Imran: Ayat 191)
Ini adalah kemurahan dan kurnia Allah; Dia mengizinkan kita untuk mengingatiNya dalam setiap keadaan, hinggakan ketika berbaring sekalipun. Maha Suci Engkau, Wahai TuhanKu, alangkah mulianya Engkau!
Wahai saudaraku, biasakanlah membasahi lidahmu dengan zikir pada Allah; zikir kepada Allah ketika makan, minum, berpakaian, tidur, bangun, menuju tempat kerja, di tengah-tengah bekerja, dan dalam semua keadaan. Jangan biarkan satu waktu pun berlalu dengan sia-sia.
Bila kamu tidak sibuk bekerja atau menunaikan sesuatu ibadah, maka sibukkanlah dirimu dengan berzikir pada Allah, sudah pasti kamu akan dapat mengecap kebaikan yang berlipat ganda, mendapat ketenangan bersama dengan Allah, dan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu yang dikehendakiNya.
Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa yang dimaksudkan zikir pada Allah itu adalah zikir dengan hati, mendahului yang lain. Hal itu akan tercermin pada anggota badannya; apabila lisan berzikir, ia tidak akan berkata kecuali yang baik; apabila mata berzikir, ia tidak akan melihat kepada yang haram; apabila telinga berzikir kepada Allah, ia tidak akan terdengar hal-hal yang mengundang murka Allah; apabila tangan berzikir kepada Allah, ia tidak akan bergerak pada keburukan atau dosa. Demikian juga kaki. Bahkan akal tidak akan memikirkan yang haram dan tidak akan terlintas dalam hati kecuali yang baik.
Demikianlah pengertian zikir sebenarnya. Sewajarnya kita mengatakan bahawa segala hal yang kita merasai terdapat pengawasan Allah dalam hal tersebut dan menyedari Allah : melihat hal itu, maka bererti anda sedang berzikir. Dengan itu, bertaubat adalah zikir, berfikir merupakan salah satu zikir yang tertinggi nilainya, menuntut ilmu adalah zikir, mencari rezeki juga zikir bila niatnya baik, dan begitulah seterusnya.
Apabila zikir kita dalam segala keadaan itu diiringi dengan zikir kepada Allah ketika bersendirian, maka akan memberikan pengaruh, keni’matan, dan kelazatan di dalam hati. Zikir itu dapat menyinari dan melapangkan hati terutama bila disertai dengan air mata kerana takut pada Allah. Di antara tujuh golongan yang mendapat naungan dari Allah pada saat tidak ada naungan kecuali naunganNya adalah: Seorang yang berzikir kepada Allah ketika bersendirian, lalu matanya berlinangan.
Manusia sentiasa bersusah payah mencari kebahagiaan dan ketenangan. Mereka rela membelanjakan harta yang banyak untuk mendapatkannya, namun mereka tetap tidak memperolehinya di dalam usaha kebendaan mereka. Padahal, kebahagiaan, ketenangan, dan ketenteraman itu mudah diperolehi oleh orang yang beriman kepada Allah dan berdo’a dengan ikhlas kepadaNya.
Orang-orang yang lalai dan ingkar tidak berzikir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, bila ditimpa kemalangan atau ditimpa bencana, mereka ingat kepada Allah dan kembali padaNya dengan berdo’a agar Allah menyelamatkan mereka dari kemalangan atau bencana itu, dan bila Allah telah menghilangkan bencana itu, mereka kembali pada kelalaian dan keingkarannya. Berbeza dengan orang mu’min, ia selalu ingat kepada Allah di waktu senang mahupun susah; dalam segala
keadaan ia selalu ingat kepada Allah, dan tidak akan melupakanNya.
keadaan ia selalu ingat kepada Allah, dan tidak akan melupakanNya.
Zikir orang mu’min ketika sihat dan memiliki harta adalah syukur kepada Allah dan menyedari kurnia Allah atas dirinya. Dia tidak bersikap melampaui batas dan tidak terpesona dengan fitnah dunia. Apabila ia mengingati Allah ketika berada dalam kesulitan dan kesempitan, Allah akan menghilangkannya dan menggantikannya dengan ketenangan, ketenteraman, dan kemesraan.
Pada kesempatan ini saya teringat dengan salah seorang ikhwah yang dipenjarakan, dan ruangan di dalamnya amat sempit dalam keadaan bersendirian, dan pintunya selalu tertutup di sepanjang waktu. Namun dengan berzikir pada Allah, ia merasakan kemesraan dan ketenangan jiwa, tidak merasakan bahawa penjara itu ada temboknya dan ada pintunya yang selalu tertutup. Ia merasa seolah-olah sedang berada di tengah alam yang sangat luas.
Penjaga yang ada di depan pintu penjara itu mengetahui bahawa saudara kita itu berada dalam kesempitan kerana pintu selalu tertutup. Ia kasihan kepada saudara kita itu. Justeru itu, ia mencari peluang ketika pihak atasan sedang leka, lalu membuka pintu sedikit seketika waktu, untuk meringankan saudara kita ini. Akan tetapi saudara kita itu memberitahu bahawa, ketika pintu dibuka, ia merasa terasing dan terganggu kemesraannya di saat hanyut dalam berzikir kepada Allah.
Di antara kurnia yang dianugerahkan kepada kita dan balasan baik yang diberikan pada orang-orang yang selalu berzikir kepada Allah ialah apa yang tercantum dalam hadith berikut:
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: Barangsiapa yang sibuk mengingatiKu hingga lupa memohon kepadaKu, maka Aku akan memberinya yang lebih utama dari apa yang Ku berikan kepada orang-orang yang meminta kepadaKu.
(Hadith riwayat Muslim)
Sesungguhnya tahlil (La Ilaha Illallah), takbir (Allahu Akbar), tasbih (Subhanallah),istighfar (Astaghfirullah), pujian, sanjungan, selawat dan salam kepada Rasulullah mengundang nilai kurniaan besar dan pahala yang besar. Banyak ayat dan hadith Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yang menjelaskan tentangnya, bahkan sebahagian do’a yang diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menyebutkan hal-hal di atas. Betapa perlunya kita kepada zikir itu, untuk meraih berbagai kebaikan dan menghindari kejahatan.
Manakala do’a, ia merupakan salah satu sumber terpenting bagi bekalan perjalanan, sebab do’a itu pada hakikatnya adalah : sumber hamba itu berkehendak dan merasakan kekuasaan Allah serta keyakinan bahawa segala sesuatu berada dalam genggaman Allah. Itu merupakan hakikat perhambaan kepada : Allah, penyerahan secara mutlak kepadaNya, dan keimanan kepadaNya. Perasaan hancur, lemah, merendah diri di hadapan Allah serta pengakuan akan kurnia Allah, kebaikanNya, dan bahawa Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, serta hidupnya hati dengan makna-makna tersebut, pada hakikatnya merupakan bekal yang sangat agung.
Do’a itu merupakan ‘ibadah, keengganan kita berdo’a merupakan kesombongan dan keingkaran. Antara kurnia Allah kepada kita ialah Ia menyeru kita agar berdo’a dan berjanji akan mengabulkannya:
Dari Al-Nu’man bin Basyir Radiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:
Do’a adalah ‘ibadah. Kemudian Baginda membaca ayat:
Dan Tuhanmu berfirman: “Berdo’alah kepadaKu nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk ke neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Surah Ghafir:Ayat60)
(Hadith riwayat Abu Daud)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu iaberkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Barangsiapa tidak mahu bermohon kepada Allah, Allah akan murka kepadanya.
(Hadith riwayat At-Tirmizi)
Alangkah indahnya kalau para ikhwah saling mendo’akan kebaikan; masing-masing berdo’a untuk saudaranya tanpa disedarinya.
Diriwayatkan daripada Abu Darda’ Radiyallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Tidaklah seorang hamba Muslim berdo’a untuk saudaranya tanpa pengetahuannya, melainkan malaikat berdo’a: “Semoga kamu memperolehi seperti yang kamu do’akan.”
(Hadith riwayat Muslim)
Seorang yang salih pernah berkata: “Berdo’alah dengan lisan yang belum pernah engkau gunakan untuk maksiat!” Ditanyakan kepadanya: “Bagaimana caranya?” la menjawab: “Engkau meminta saudaramu agar berdo’a kepada Allah untukmu.” Itu semua boleh memperkukuhkan ikatan kecintaan dan ukhuwwah kerana Allah.
Ada beberapa waktu yang do’a lebih layak untuk dikabulkan; di antaranya, ialah padam malam lailatulqadar, di antara azan dan iqamat, ketika sujud, musafir, hujan, sahur dan kegelapan malam.
Ada beberapa do’a yang berasal dari Al-Qur’an dan ada do’a yang ma’thur daripada Rasulullah. Ada juga do’a-do’a yang diucapkan oleh sebahagian orang salih, kita boleh merujuk kepadanya memandangkan di dalamnya terdapat banyak kebaikan.
Pada waktu berzikir dan berdo’a ada beberapa adab yang mesti kita ta’ati agar dikabulkan oleh Allah dan diharapkan kita dapat mengambil manfa’at darinya. Di antara adab tersebut adalah: penumpuan hati; khusyu’; takut; tenang; sopan kepada Allah; memulai do’a dengan pujian dan sanjungan kepada Allah serta selawat terhadap Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan mengakhirinya seperti itu juga; tidak mengeraskan suara ketika berdo’a atau berzikir; mengulanginya sebanyak tiga kali; memilih do’a-do’a pendek tetapi maknanya luas mencakupi segala kebaikan; yakin akan dikabulkan; tidak tergesa-gesa; tidak inendo’akan keburukan untuk diri sendiri, keluarga atau harta; dan mulai dengan berdo’a untuk diri sendiri baru untuk orang lain, misalnya: “Ya Allah, berilah petunjuk kepada saya dan sipulan.”
Sesiapa yang mematuhi adab berdo’a dan zikir tersebut, maka dengan izin Allah, ia akan merasakan keni’matan dalam hatinya, hatinya bercahaya, ruhnya bersinar, dadanya lapang, dan mendapat limpahan kurnia dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Seorang Muslim yang hendak meninggalkan majlis zikir hendaklah bersikap khusyu’, beradab, dan menjauhi pergaduhan dan perkara sia-sia yang dapat menghapus manfa’at dan pengaruh zikir serta do’a.